Tuesday, March 2, 2010

UPKR DIMINTA ADAKAN GOTONG-ROYONG

UPKR DIMINTA ADAKAN GOTONG-ROYONG : HAMISA
TAWAU : 2 Mac 2010

Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Tanjung Batu di sini diminta mengadakan gotong-royong secara berterusan di kawasan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, penganjuran gotong-royong yang kerap amat penting bagi mewujudkan kawasan persekitaran yang lebih selesa dan bersih.

"Program gotong-royong tidak sepatutnya dilakukan pada hari-hari tertentu sahaja, sebaliknya ia perlu diadakan setiap minggu bagi memastikan keberkesanan program yang dilaksanakan.

"Persekitaran yang bersih akan dapat mencegah pelbagai penyakit berjangkit seperti denggi dan chikungunya daripada merebak.

"Jadi, pastikan persekitaran sentiasa bersih kerana faktor tersebut sama pentingnya dengan soal menjaga kebersihan diri," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Gotong Royong bersama Askar Wataniah kerjasama dengan UPKR N.59 Tanjung Batu dan JKKK Kalabakan di Tapak Peringatan Pahlawan Kalabakan

Turut hadir Mejar Mohd Zaidi dari Kem Kg. Kalabakan Pasukan Batalion ke 22 serta pemimpin masyarakat dan kakitangan Unit PKR Tanjung Batu.

Katanya, aktiviti gotong-royong juga dapat menyemai sikap bersih dan bertanggungjawab dalam kalangan anggota masyarakat.

"Kami mahu mengajak orang ramai sama-sama menjaga alam sekitar yang mana kita dapat lihat banyak pencemaran yang berlaku. Ini adalah salah satu cara untuk mendidik orang ramai bersama-sama memelihara alam sekitar," katanya.

Gambar :

Satu Malaysia....Hamisa Samat (kanan) menyertai gotong-royong bersama Askar kerjasama dengan UPKR N.59 Tanjung Batu dan JKKK Kalabakan di Tapak Peringatan Pahlawan Kalabakan, Tawau kelmarin.

2 comments:

  1. Apakah pembangunan yang telah dilakukan oleh YB Tg Batu??

    Apakah yang telah dilakukan oleh anak YB selaku Pegawai Kemajuan Rakyat?? Nampaknya PKR Tg Batu terlalu sibuk menjalankan aktivit MLM SCORE A..

    DImanakah pembelaan YB untuk memajukan anak-anak di Tg Batu? Adakah YB memberi perhatian tentang kemajuan mereka di sekolah? YB bukan banyak pun sekolah di kawasan Tg BAtu itu tetapi kenapa prestasi pelajar-pelajar di sekolah tersebut tidak memuaskan? Jika perlu tukar guru laksanakan..kalau perlu tukar guru besar tukar..kalau tak cukup keperluan usahakan.. dan kalau pelajar-pelajar perlukan perhatian tuisyen..lakukan.. memandangkan anak YB hebat sangat promosikan SCORE A kenapa YB tak boleh gunakan SCORE A itu untuk memajukan pelajar-pelajar di Tg Batu? Memandangkan majoriti pelajar-pelajar itu adalah dari keluarga miskin YB perlu berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada industri di dalam kawasan Tg Batu untuk turut sama terlibat dalam program memajukan pelajar-pelajar Tg Batu..

    Harap YB sedar bahawa masa depan Tg BAtu adalah di tangan pelajar-pelajar nya..

    Satu lagi minta YB adakan PRogram Anak Angkat yang mana pilih lah 50 orang anak-anak keluarga miskin dan hantar mereka ke semenanjung bersama keluarga angkat utnuk membuka pemikiran mereka supaya sedar bahawa untuk maju peljaran adalah penting.. ini boleh di uruskan oleh KETUA PEMUDA KALABAKAN merangkap EXCO PENDIDIKAN.. setakat jadi EXCO PEMUDA tetapi IDEA GERSANG memalukan sahaja..

    Itu sahaja dari saya buat masa ini... akan datang saya akan utarakan idea terbaru..

    kerana nak mengharapkan pemimpin UMNO,WANITA<PEMUDA dan PUTERI dai sana jangan lah harap..

    AJK UMNO pandai makan sendiri
    AJK WANITA pandai membasuh masa kenduri
    PEMUDA pandai cakap
    PUTERI memang tak pandai-pandai semenjak Ketua Puteri pertama masuk WANITA..

    Sedih sungguh..

    Jikalau dalam 3 bulan ini tiada perubahan maka sesungguhnya YB adalah salah seorang YB yang tak berfungsi.

    Janganlah bagi derma sana sikit sini sikit dah selesai tanggungjawab sebagai YB..
    Tanggungjawab YB adalah untuk menjaga rakyat.
    Cari lah orang yang berpelajaran dan cerdik bukan cari orang yang pandai tetapi bebal..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Datuk,

    Saya Mohammad Bin Abdullah pada tahun lepas ada meminta sumbangan dari datuk untuk membaiki rumah kakak saya yang tinggal ditanjung batu laut dan datuk sendiri telah melawat rumah kakak saya, nama kakak saya kasni Bt Abdullah, beliau hidup seperti sebatang kara, kami adik beradik ada juga membantu beliau, tapi tak la seberapa sangat, Jadi saya ingin mendapat penjelasan dari datuk adakah kakak saya ni layak atau pun tidak, klu jawapan tidak, tak perlu la kami menunggu.datuk hanya berdiam tanpa sebarang jawapan. Sekian terimakasih.

    Yang Benar Mohammad Bin Abdullah 013-7667755

    ReplyDelete

Powered By Blogger