Saturday, May 29, 2010

Pembangunan BN bukan cakap kosong






Kerajaan Barisan Nasional Sabah sentiasa komited membantu rakyat khususnya rakyat di kawasan luar bandar

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samat berkata pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini bukan sekadar ‘cakap-cakap politik’ tetapi berlandaskan teori ekonomi yang terperinci untuk membantu rakyat.

Beliau berkata agenda pembangunan yang dibawa pemimpin BN dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan pembangunan ekonomi dan sosial.

“Dengan perancangan yang betul dan terperinci, kemajuan yang dicapai juga perlu disokong dengan kerja kuat, kepandaian dan kerjasama.

‘‘Hanya dengan cara ini rakyat dapat memanfaatkan kemajuan yang dicapai secara menyeluruh dan berkesan,” jelas Hamisa selepas meninjau projek kecil-kecilan pembinaan tangga laluan para penjaja kecil membawa hasil pertanian di Kampung Hill Top Tanjung Batu Darat, Tawau.

Turut serta dalam lawatan itu Pemimpin Kemajuan Rakyat Tanjung Batu, Abdul Jalil Arasah dan Pemaju Mukim Tanjung Batu, Hajah Juo Mohd Amin.

Hamisa turut menyeru semua peminpim masyarakat perlu bersikap proaktif dalam merangka dan melaksanakan program pembangunan di kawasan masing-masing.

Jelas beliau kejayaan sesuatu projek atau program pembangunan kerajaan bergantung kepada peranan, kecekapan dan keupayaan pemimpin masyarakat khususnya Pengerus JKKK dan Ketua Kampung (KK).

Gambar:

1. Tinjau.....Pemaju Mukim Tanjung Batu, Hajah Juo Mohd Amin sedang menunjukan anak-anak tangga yang siap di bina kepada Adun Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat sambik diperhatikan oleh PKR Tanjung Batu, Abdul Jalil Arasah.
2. Terima kasih....penjaja-penaja kecil beramah mesra dengan Hamisa sambil diperhatikan oleh Juo dan Jalil.

1 comment:

  1. Salam buat YB, wakil rakyat N.59, TG. Batu, Tawau. Tahniah kerana telah menunjukkan kepada pengundi Tg. Batu khususnya bahawa ada kemajuan yang YB cuba usahakan di tempat kami.Walaupun saya cuma kembali ke daerah kelahiran saya ini sekali sekala, namun untuk tempoh 10 tahun kebelakangan ini tiada langsung perubahan baik terutamanya dari segi prasarana jalanraya yang kelihatan, terutamanya Jalan Imam Jalilul, jalan masuk utama ke kawasan kampung Tg. Batu darat ini. Rasanya YB, Pemaju mukim dan PKR Tg. Batu dah pernah melalui jalan ini.Jalan masuk yang sangat teruk, berlubang disana-sini dan di padatkan dengan bumper jalan yang begitu rapat jaraknya dan tidak mengikut spefikasi dari segi ketinggiannya dan yang paling meyeramkan dari segi kelebaran jalan yang agak sempit. Agak lucu kerana tempat yang di kelilingi dengan timbunan batu yang boleh diusahakan untuk menutupi lubang dan membesarkan jalan tersebut tidak dimanfaatkan sebaiknya. Saya tidak menunding kepada orang kampung, yang bagi saya kebanyakannya bersikap sabar ajaklah dan redha dengan keadaan ataupun Penghulu dan JKK kampung yang mindanya mungkin kurang dirangsang untuk mengubah keadaan namun jasa baik YB amat diperlukan untuk memperbaiki keadaan ini. Selaku wakil rakyat, penderitaan rakyat pasti akan didahulukan oleh YB bukan? Justeru itu jasa baik dan prihatin YB untuk memperbaiki keadaan di atas amat diharapkan. Memandangkan PRU yang kemungkinan besar berlaku tahun ini 2011, alangkah bagus kiranya para pengundi dapat pergi kepusat pengundian menggunakan jalanraya kampung yang lebih selesa dan selamat untuk dilalui. Sekian, terima kasih YB

    ReplyDelete

Powered By Blogger