Saturday, May 29, 2010

Pembangunan BN bukan cakap kosong






Kerajaan Barisan Nasional Sabah sentiasa komited membantu rakyat khususnya rakyat di kawasan luar bandar

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samat berkata pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini bukan sekadar ‘cakap-cakap politik’ tetapi berlandaskan teori ekonomi yang terperinci untuk membantu rakyat.

Beliau berkata agenda pembangunan yang dibawa pemimpin BN dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan pembangunan ekonomi dan sosial.

“Dengan perancangan yang betul dan terperinci, kemajuan yang dicapai juga perlu disokong dengan kerja kuat, kepandaian dan kerjasama.

‘‘Hanya dengan cara ini rakyat dapat memanfaatkan kemajuan yang dicapai secara menyeluruh dan berkesan,” jelas Hamisa selepas meninjau projek kecil-kecilan pembinaan tangga laluan para penjaja kecil membawa hasil pertanian di Kampung Hill Top Tanjung Batu Darat, Tawau.

Turut serta dalam lawatan itu Pemimpin Kemajuan Rakyat Tanjung Batu, Abdul Jalil Arasah dan Pemaju Mukim Tanjung Batu, Hajah Juo Mohd Amin.

Hamisa turut menyeru semua peminpim masyarakat perlu bersikap proaktif dalam merangka dan melaksanakan program pembangunan di kawasan masing-masing.

Jelas beliau kejayaan sesuatu projek atau program pembangunan kerajaan bergantung kepada peranan, kecekapan dan keupayaan pemimpin masyarakat khususnya Pengerus JKKK dan Ketua Kampung (KK).

Gambar:

1. Tinjau.....Pemaju Mukim Tanjung Batu, Hajah Juo Mohd Amin sedang menunjukan anak-anak tangga yang siap di bina kepada Adun Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat sambik diperhatikan oleh PKR Tanjung Batu, Abdul Jalil Arasah.
2. Terima kasih....penjaja-penaja kecil beramah mesra dengan Hamisa sambil diperhatikan oleh Juo dan Jalil.
Powered By Blogger