Monday, May 25, 2009

Kempen Pencegahan Jenayah


  1. Baru-baru ini saya merasmikan program kempen pecegahan jenayah di dua tempat iaitu di Merotai dan Tg.Batu. Satu program yang saya rasa terlalu penting bagi masyarakat kampung di kedua-dua tempat tersebut. Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang berusaha menjayakan program tersebut.Tidak lupa juga kepada pihak PDRM kerana sudi bekerjasama dengan UPKR dalam menjayakan program Kempen Pencegahan Jenayah ini
  2. Berbagai pengisian telah disusun seperti,ceramah berkenaan dengan undang-undang jenayah,trafik dan narkotik. Kegiatan jenayah mmg boleh dibendung sekiranya mendapat kerjasama dari pihak ibu bapa. Adakalanya pihak ibu bapa tidak tahu apa kegiatan anak-anak mereka. Kadang-kadang bila anak ditangkap,ibu bapa memarahi pihak polis. Ini merumitkan keadaan dan menyusahkan pihak polis.
  3. Disini saya ingin menyeru kepada semua , membanteras kegiatan jenayah bukanlah semuanya dibawah tanggungjawab pihak polis. Kita sebagai ibu bapa,adik beradik dan teman terdekat sepatutnya menjadi pembimbing kepada anak,abang/kakak dan kawan kita sebelum mereka terjebak kedalam kancah jenayah . Sama-samalah kita berganding bahu untuk membersihkan kawasan kita dari gejala jenayah . Tanamkan sifat bekerjasama. Kepada generasi muda,ingatlah..masa muda ini bukan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil . Fikirlah masa depan,keluarga dan diri sendiri.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


  1. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Hari ini adalah hari pengiktirafan terhadap sumbangan guru-guru dalam membangunkan pendidikan di negara ini . Sememangnya guru merupakan tunjang kejayaan kepada semua . Jasa guru terlalu besar,mereka seperti ibu bapa kita. Mendidik tanpa mengira waktu,penat lelah .
  2. Saya menyeru kepada ibubapa,jgnlah diletakkan bebanan mendidik sepenuhnya kepada guru-guru. Ibubapa merupakan guru yang terbaik bagi anak-anak mereka . Didiklah anak-anak kita agar menjadi seorang manusia . Kerana pembelajaran yang syumul bermula dari rumah.."Guruku Idolaku"

Thursday, May 14, 2009

Tahniah...

  1. Saya ingin mengucapkan Tahniah kepada YB Datuk Peter Pang atas perlantikan beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru dan juga kepada YB En.Pang Yuk Ming ( ADUN N.58 Merotai) sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur . Semoga dengan perlantikan ini , barisan kabinet Sabah akan bertambah kukuh di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Hj Musa Hj Aman,Ketua Menteri Sabah yang dikasihi .
  2. Begitu juga dengan menteri-menteri dan pembantu-pembantu menteri yang lain yang bertukar portfolio. Diharap dengan rombakan ini , segala permasalahan rakyat yang sering diluahkan,dapat diselesaikan sedikit demi sedikit . Tahniah diucapkan....

Tuesday, May 12, 2009

HAMISA MAHU JABATAN AIR SABAH BERI PENJELASAN BEKALAN AIR SERING TERPUTUS DI TAWAU

 

Penduduk Kampung Tanjung BatuTawau meminta Jabatan Air Sabah mengatasi masalah gangguan bekalan air yang dihadapi oleh mereka sejak beberapa bulan lalu.

 

Penduduk mendakwa disebabkan gangguan bekalan air sering berlaku dan menyebabkan urusan domestik sukar dilakukan dan terbantut.

 

Aduan ini telah disampaikan kepada Wakil Rakyat Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samat  semasa mengadakan lawatan ke Kampung Tanjung Batu Laut, 

 

Menurut Hamisa, apa yang mendukacita perkara gangguan bekalan air sering berlaku sehingga berlarutan lima hari berturut-turut.

 

“Antara kumpulan yang menjadi sasaran ibu-ibu yang baru bersalin, surirumah, peniaga, majlis perkahwinan, keramaian dan adakalanya, lebih mendukacitakan bekalan air ini terputus berlarutan sampai berhari-hari.... tempat saya pun tiada air,”tegas Hamisa.

 

Beliau amat kesal dengan kejadian itu berharap Jabatan Air Sabah dapat menanganinya segera.

 

 “Tambahan pula para pelajar akan menghadapi peperiksaan, keadaan ini amat membeban dan memberi tekanan kepada para pelajar.

 

“Para pelajar terpaksa mendapatkan air dari tempat-tempat tertentu dengan menggunakan baldi. Perkara ini perlu diselesaikan segera kerana kita bukanlah negara ketiga yang menghadapi masalah bekalan air,” katanya

 

Sehubungan dengan itu, Hamisa meminta Jabatan Air memberi penjelasan sewajarnya kenapa perkara ini berlaku dan menggesa jabatan berkenaan bertindak dengan segera.

 

Beliau menambah, pihak berkuasa perlu mencari punca kepada segala masalah itu bagi mengelak penduduk di sini terus dibelenggu kebimbangan dan menanggung kerugian.

 

Hamisa memberitahu masalah air sering menjadi tajuk utama  setiap kali beliau mengadakan lawatan atau perjumpaan dengan masyarakat setempat di kawasan itu.

 

 


Monday, May 11, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU DAN ULANG TAHUN UMNO KE 63

1. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada ibu-ibu di seluruh pelusuk . Raikanlah dengan penuh rasa syukur dan tawaduk . Bagi saya,Hari Ibu adalah hari segalanya , kerana disitulah titik permulaan kehidupan insan . Panjatkan doa kepada Siti Hawa Ibu segala ibu...

2. Disamping itu juga , saya mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO ke-63 . Parti keramat orang Melayu . UMNO ini ibarat ibu bagi orang-orang melayu . Kerana didalam UMNO lahir pemimpin-pemimpin yang cukup dengan sifat khalifahnya . Sedekahkan la Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang UMNO yang telah gugur di medan juang . Renungkanlah kedalam diri . Bersyukur kerana Allah masih memanjangkan usia UMNO . Peliharalah Parti UMNO ini , kerana tidak ada yang lebih Melayu,selain UMNO. Tahniah dan teruskan perjuangan kita. Semoga Allah sentiasa memberkati perjuangan kita . Amin

Friday, May 8, 2009

TANGGUNGJAWAB SIAPA?





  1. 7 Mei 2009 , saya bersama UPKR N.59 Tg.Batu membuat satu kunjungan mengejut ke SK Merotai Besar . Kunjungan ini tiada dalam perancangan dan sengaja kami tidak maklumkan kepada pihak sekolah . Ini kerana saya ingin melihat sendiri keadaan murid,guru2 dan kemudahan sekolah yang ada . Malangnya , keadaan di sana memang sungguh menyedihkan . Kalau difikirkan , kawasan sekolah ini bukanlah terletak jauh dari kawasan bandar . Tapi , keadaan sekolah menunjukkan seolah2 ianya terletak jauh dari kawasan bandar
  2. Keadaan meja yang usang,kerusi yang patah , dinding yang bocor , keadaan parit yang tidak begitu sesuai , surau yang usang . Sekiranya keadaan begini dibiarkan , apa akan jadi dengan generasi akan datang ? Guru-guru pun ada yang tidak masuk ke kelas . Dimana tanggungjawab mereka utk mendidik?
  3. Generasi ini perlu kita didik sepenuhnya. Jangan dibiarkan keadaan ini . Permasalahan ini sudah lama berlaku . Hanya tinggal beberapa tahun lagi kita akan berada di tahun 2020 . Sepatutnya dari sekarang kita sudah berusaha untuk memajukan diri,minda dan keadaan sekeliling . Jangan kita melenting apabila bangsa lain menjadi tuan di tanah kita ,sekiranya kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik...Muhasabahkan diri...Fikirkan masa depan anak bangsa...jangan mementingkan diri sendiri...

Tuesday, May 5, 2009

PEMIMPIN DAN RAKYAT



1. Pada 3 Mei lepas,saya bersama-sama Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Hj Musa Hj Aman bersarapan di Hotel Promenade Tawau..Hotel yang baru dirasmikan oleh beliau . Selepas bersarapan,kami bersama rombongan melakukan lawatan mengejut ke Pasar Tamu Takada . Disitu,Ketua Menteri berpeluang bermesra dengan peniaga-peniaga . Turut mengiringi beliau ialah YB Datuk Hj Tawfiq Titingan, YB Datuk Masidi Manjun, YB Datuk Ghulam Khan, YB Datuk Syed Abbas,YB Datuk Ariffin , YB Hj Muis Pichu ,Ybhg Tuan Ismail Mayakob ( Presiden MPT ) dan beberapa pegawai-pegawai yang lain .

2. Peniaga-peniaga dan pengunjung pasar tamu tersebut rata-rata gembira kerana dapat bersua muka dan bersalaman dengan pemimpin-pemimpin tempatan khususnya Ketua Menteri . Terpancar raut wajah yang gembira kerana , mungkin mereka tidak menyangka akan kesanggupan YAB Ketua Menteri untuk berkunjung ke pasar tamu .

3. Sememangnya inilah pendekatan yang perlu kita contohi. Sebagai pemimpin akar umbi , mendekatkan diri kepada rakyat merupakan satu pendekatan yang akan menjadikan suasana sekitar akan menjadi lebih mesra . Secara tidak langsung , kita dapat memahami hati rakyat yang dahagakan perhatian .
Powered By Blogger