Monday, April 27, 2009

BERI PERHATIAN SETIAP TAHAP PENDIDIKAN ANAK-ANAK


Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa mahu semua pihak perlu memberi perhatian terhadap setiap peringkat pendidikan anak-anak ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu bersaing.

Beliau berkata sekolah tadika merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah dan menjadi tapak permulaan untuk menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah

“Konsep pembelajaran yang diajar di sekolah tadika mampu menyumbang kepada melahirkan generasi baru yang menjadi asas dan teras kepada pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Penekanan modal insan ini adalah bertujuan agar usaha menjadi Negara maju dan mencapai wawasan 2020 adalah mengikut acuan kita yang tersendiri. Kita mahu melihat Negara ini menjadi Negara maju yang kaya dengan seni budaya dan warisan serta nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat Parlimen Kalabakan dan Tawau di Padang Bandaran Tawau semalam.

Hadir sama Pegawai Kemas Daerah Tawau, Shahrizal Hj. Mohd Shom. Sebanyak tiga acara dipertandingan iaitu futsal, gerakrama dan silat. Kita-kira 400 kanak-kanak tabika bersama ibu bapa turut hadir dalam amjlis itu.

Menurut Hamisa sukaneka juga adalah salah satu aktiviti fizikal yang boleh mendatangkan kecergasan tubuh badan. Selain tubuh badan yang cergas semestinya akan menyumbang kepada minda yang cerdas.

“Anak-anak yang ada pada hari ini merupakan pewaris kepimpinan Negara pada masa depan. Pembentukan minda dan perkembangan fizikal yang sihat perlu seiring dengan pembangunan modal insan yang baik.

“Pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan pada masa kini. Berikanlah pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka ini tidak akan ketinggalan di masa depan. Ini kerana, pendidikan mampu merubah masa depan dan taraf hidup sesebuah keluarga itu.,” jelas Hamisa lagi.

Powered By Blogger