Tuesday, April 28, 2009

WANITA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT



WALAUPUN separuh penduduk mana-mana negara terdiri daripada wanita, kaum Hawa masih dianggap kumpulan minoriti. Adakah ini disebabkan dunia masih dikuasai oleh kaum Adam? Adakah keadaan ini akan berubah setelah kaum Hawa menguasai teknologi maklumat (IT) dan dapat memperbaik nasib dan kedudukan mereka? Tidak kira apa jua pandangan lelaki, wanita mesti menguasai IT, kerana IT membuka laluan kepada wanita untuk membaiki diri dan mengubah imej mereka.

Banyak perubahan sosioekonomi dan politik berlaku ke atas wanita, terutama di negara maju, berasaskan tinjauan yang berikut:

  • Wanita akan merupakan 48 peratus tenaga kerja di Amerika Syarikat (AS) menjelang tahun 2005.
  • Satu per tiga perniagaan di AS
  • 48 peratus pekerja wanita menyumbang 50 peratus kepada pendapatan keluarga.
  • 82 peratus wanita kini mendapat pendidikan tinggi, selain mempunyai literasi komputer.
  • 85 peratus wanita yang bekerja di AS mendapati kerjaya mereka sangatlah penting.
  • 65 peratus wanita berkerjaya dan mengurus rumah tangga.
  • Wanita dijangka meliputi 48 peratus pengguna on-line dan internet menjelang tahun 2000.

Perangkaan di atas menunjukkan wanita hari ini berbeza daripada dahulu. Tidak kira sama ada sebagai ibu, isteri, atau masih bujang, mereka perlu pandai membahagikan waktu, wang, dan kerja rumah. Senarai kerja wanita bertambah setiap masa. Oleh itu, 88 peratus daripada mereka mendapati media komunikasi, terutama

internet, amat menjimatkan masa, lebih~lebih lagi membolehkan mereka berurusan dengan bank dan membeli-belah 24 jam, selepas balik dari kerja atau pada masa lapang.

Perkembangan lain yang menyusul perubahan itu ialah hilangnya tanggapan bahawa dunia wanita adalah di rumah. Kebanyakan rumah tangga kini memerlukan pendapatan kedua-dua suami dan isteri. Perkembangan ini bukan sahaja membuka peluang baru kepada wanita, tetapi juga mengimbangi hubungan kuasa antara lelaki dengan wanita. Sehingga zaman perindustrian, kerjaya yang dipilih oleh wanita meliputi aktiviti tradisional, kerana 80 peratus daripada mereka bekeria dalam sektor perkhidmatan, perkeranian, kejururawatan, dan perkilangan. Kerja mereka dibayar upah yang murah, diberi status yang rendah; maka wanita tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Tetapi dalam era maklumat sekarang, yang dipentingkan ialah kekuatan intelektual.

Industri maklumat yang menjadi kuasa utama penggerak ekonomi abad ke-21 telah membuka banyak peluang pekerjaan baru kepada wanita. Kerja yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada membuat pengaturcaraan yang hanya boleh difahami oleh komputer dan penganalisis sistem, tetapi menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia, sama ada pakar atau bukan pakar. Antaranya, membangunkan laman web, mengarang, dan melukis yang memerlukan bakat, kemahiran, latihan, kreativiti, dan pengalaman.

Wanita yang mempunyai literasi teknologi, terutama literasi komputer mendapati mereka boleh melakukan banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka dahulu. Kelebihan itu disebabkan teknologi maklumat telah mewujudkan fleksibiliti dan peluang yang tidak wujud sebelum ini. Antaranya:

  • Mereka boleh mendapat maklumat daripada internet, pangkalan data, media massa, dan sebagainya.
  • Mereka boleh berkomunikasi dengan bebas, maka boleh mencapai khalayak yang besar.
  • Mereka boleh mengimbangi kerja rumah dengan kerja pejabat.
  • Mereka boleh menyampaikan maklumat melalui internet tanpa perlu ditapis.
  • Mereka yang berniaga boleh mengakses pasaran sejagat yang tidak mungkin dilakukan pada masa dahulu kerana kos pemasaran, pengiklanan, dan lain-lain.
  • Wanita kini tidak perlu lagi menyerahkan tanggungjawab berkomunikasi kepada lelaki sahaja, sebagaimana mereka menyerahkan kuasa ekonomi dan politik kepada lelaki selama ini.
  • Mereka boleh memaksimumkan kuasa telekomunikasi dan meminimumkan masa perjalanan, agar mempunyai lebih banyak masa bersama-sama dengan keluarga.
  • Mereka boleh beroperasi dari rumah.
  • Mereka yang sibuk boleh membeli-belah melalui internet 24 jam.

Banyak peluang baru wujud daripada perubahan yang berlaku pada zaman maklumat. Hasilnya, pekerja wanita sudah meningkat. Nisbah pekeria wanita berbanding dengan lelaki meningkat daripada 1:5 pada tahun 1947 kepada 2:5 oada tahun 1970. Kini, 43 peratus pekerj di negara maju adalah wanita.

Wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai literasi teknologi adalah wanita baru yang pandai komputer. Masalah yang paling ditakuti sekarang bukan teknologi, tetapi isi kandungan yang sesuai. Isi kandungan internet, misalnya, yang membuat orang ramai tertarik kepadanya, dan bukan teknologi. Namun, teknologi juga perlu diberi perhatian kerana teknologi yang lebih mudah, murah, dan cepat itu menarik lebih banyak orang. Buat masa ini, internet dimonopoli oleh lelaki dengan isi kandungannya berorientasi sukan, hiburan, dan sebagainya yang digemari oleh lelaki. Sebaliknya , maklumat yang dikehendaki oleh wanita adalah tentang pemakanan, resipi, masalah wanita, rawatan penyakit dan kecederaan ringan dengan segera, dos ubat dan kesan sampingannya. Maklumat itu menjadikan mereka ibu yang lebih bijak dan isteri yang lebih pandai mengurus kewangan keluarga.

Banyak usahawan wanita telah membangunkan laman web dengan isi kandungan yang sesuai untuk wanita. Contohnya, Ellen Pack Nancy yang membangunkan WELL (whole Earth Electronic Link) di San Francisco. Yang penting ialah melalui internet, setiap pelanggan diberi layanan kelas pertama. Soalnya bagaimana mengubah internet menjadi female friendly? Mod komunikasi yang sama ditanggapi secara berlainan antara lelaki dengan perempuan.

TUJUH puluh peratus wanita dipertanggungjawabkan untuk mengurus kewangan keluarga: membayar bil bulanan, membeli-belah untuk keluarga, merancang percutian keluarga, dan membuat simpanan di bank. Oleh sebab itu teknologi telepembelian dan teleperbankan cuba menjadikan wanita sebagai sasaran perniagaan mereka. Bagaimanapun, di Amerika Syarikat, 45 peratus wanita menggunakan internet, kerana lebih mudah (90%), boleh digunakan 24 jam (90%), seronok dan selesa (71%), mendapat produk baru pertama kali (60%), mengakses maklumat (90%), tidak berasa malu bertanya sesuatu yang "bodoh" di hadapan jurujual yang tidak dikenali dan yang tidak profesional (81%), boleh mendapat hiburan dan rangsangan tanpa meninggalkan rumah (69%), tidak mahu berkonfrontasi dengan jurujual yang agresif (85%), keselamatan diri terjamin di dalam rumah sendiri (76%), dan boleh berinteraksi dengan kawan walaupun berada di rumah sahaja.

Dalam era maklumat, yang dipentingkan ialah kekuatan intelek. Banyak wanita merebut peluang dalam perkembangan IT untuk merealisasikan potensi. Banyak di kalangan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi sehingga menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Mereka menggunakan peluang itu untuk mencetuskan perubahan lain yang menguntungkan wanita sendiri. Sehubungan itu, teknologi komputer dalam era maklumat mempunyai kesan empowerment yang luar biasa dalam meningkatkan produktiviti, lantas menaikkan status wanita.

Teknologi cumalah alat. Ia tidak membezakan jantina, kerja, atau mesej. Yang boleh membezakan ialah isi kandungannya. Tetapi, untuk mendapatkan mesej dan maklumat, semua orang perlu menggunakan teknologi. Persoalan utama dalam konteks ini ialah kebolehan mengakses. Hal ini meliputi kemampuan memiliki teknologi, kemudahan prasarana, undang-undang, dan lain-lain. Oleh itu setiap wanita perlu kreatif dan inovatif.

Walaupun wanita berjaya dalam bidang perniagaan dan kerjaya lain, tidak banyak di kalangan mereka yang berjaya naik ke peringkat pengurusan pada tahun 1980-an. Sikap masyarakat, kekananan, dan faktor diskriminasi jantina adalah penyebab utama berlakunya situasi itu.

Monday, April 27, 2009

BERI PERHATIAN SETIAP TAHAP PENDIDIKAN ANAK-ANAK


Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa mahu semua pihak perlu memberi perhatian terhadap setiap peringkat pendidikan anak-anak ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu bersaing.

Beliau berkata sekolah tadika merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah dan menjadi tapak permulaan untuk menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah

“Konsep pembelajaran yang diajar di sekolah tadika mampu menyumbang kepada melahirkan generasi baru yang menjadi asas dan teras kepada pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Penekanan modal insan ini adalah bertujuan agar usaha menjadi Negara maju dan mencapai wawasan 2020 adalah mengikut acuan kita yang tersendiri. Kita mahu melihat Negara ini menjadi Negara maju yang kaya dengan seni budaya dan warisan serta nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat Parlimen Kalabakan dan Tawau di Padang Bandaran Tawau semalam.

Hadir sama Pegawai Kemas Daerah Tawau, Shahrizal Hj. Mohd Shom. Sebanyak tiga acara dipertandingan iaitu futsal, gerakrama dan silat. Kita-kira 400 kanak-kanak tabika bersama ibu bapa turut hadir dalam amjlis itu.

Menurut Hamisa sukaneka juga adalah salah satu aktiviti fizikal yang boleh mendatangkan kecergasan tubuh badan. Selain tubuh badan yang cergas semestinya akan menyumbang kepada minda yang cerdas.

“Anak-anak yang ada pada hari ini merupakan pewaris kepimpinan Negara pada masa depan. Pembentukan minda dan perkembangan fizikal yang sihat perlu seiring dengan pembangunan modal insan yang baik.

“Pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan pada masa kini. Berikanlah pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka ini tidak akan ketinggalan di masa depan. Ini kerana, pendidikan mampu merubah masa depan dan taraf hidup sesebuah keluarga itu.,” jelas Hamisa lagi.

Saturday, April 25, 2009

Tahniah dan terima kasih



1. Saya ingin mengucapkan tahniah diatas perlantikan YAB Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 merangkap Presiden UMNO ke-7. Semoga segala usaha untuk memartabatkan rakyat akan berjalan dengan lancar. Disini juga saya ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan pemimpin-pemimpin UMNO Sabah dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Diucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Hj Musa Hj Aman yang telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Begitu juga kepada YAB Datuk Seri Shafie Apdal yang telah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO. Tidak lupa kepada YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang telah dipilih sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia.Kepada YB Datuk Lajim Hj Ukin ( MT),YB Datuk Bung Mokhtar Radin( MT) , YB Senator Datuk Armani ( EXCO Wanita),YB Datuk Azizah Hj Mohd Dun ( EXCO Wanita), YBHG saudara Mohd Gasing Saling (EXCO Pemuda),YBHG saudara Jamawi Jaafar ( EXCO Putera ) dan YBHG saudari Dayang Maimunah Pg.Sidek ( EXCO Puteri ).

2. Disini saya juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri atas segala budi yang telah ditabur selama ini . Saya doakan semoga Tun sekeluarga akan sentiasa dalam keadaan yang di redhai Allah.

3. Apa yang penting sekarang ini , saya selaku ADUN N.59 Tg.Batu Tawau,berharap pucuk pimpinan kerajaan dan parti sama-sama berganding bahu untuk merealisasikan slogan "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan". Ini penting,kerana rakyat akan menilai kita dan akan membandingkan kita dengan pembangkang . Kita perlu berubah....kita perlu mendekati hati rakyat dibawah...Pucuk pimpinan atasan harus mendengar segala keluhan rakyat supaya kita tidak mengeluh satu hari nanti.
Powered By Blogger