Saturday, January 9, 2010

Daftar Pemilih dan Pendaftran Ahli UMNO Baru

















Wanita, Puteri UMNO Kalabakan anjur Program Daftar Pemilih dan Ahli UMNO Baru
Tawau : 9 Jan 2010

Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Kalabakan akan mempergiatkan Program Daftar Pemilih Baru dan Ahli UMNO baru setiap hari minggu di dua buah pasar tamu bermula bulan ini.

Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Datuk Hajah Hamisa Samat berkata program akan dijalankan setiap hujung minggu di Pasar Sayur Tawau dan Pasar Tamu Takada Tawau untuk menarik lebih ramai orang muda mendaftar sebagai daftar pemilih dan ahli UMNO baru.

Beliau berkata usaha perlu dijalankan secara proaktif kerana terdapat 260,000 orang yang mencapai usia 21 tahun belum mendaftar sebagai pemilih di seluruh Sabah.

Tambah Hamisa mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.

"Orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya,"kata beliau semasa mengadakan Program Pendaftaran Ahli UMNO Baru dan Pengundi anjuran Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Kalabakan di Pasar Sayur Tawau, di sini kelmarin. Program sehari tersebut berjaya mendaftar lebih kurang 100 orang di kedua-dua tempat.

Hamisa yang juga Adun Tanjung Batu turut meminta ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan setiap anak yang mencapai usia 21 tahun mendaftar sebagai pemilih. Ini meruapakan satu lagi tanggungjawab Umno dan parti komponen BN dalam tempoh sebelum PRU Ke-13 akan datang.

Kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan kira-kira 4.3 juta rakyat Malaysia layak mengundi, tetapi belum mendaftar sebagai pemilih dan jumlah itu meningkat pada purata 400,000 setahun, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Powered By Blogger