Tuesday, May 5, 2009

PEMIMPIN DAN RAKYAT



1. Pada 3 Mei lepas,saya bersama-sama Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Hj Musa Hj Aman bersarapan di Hotel Promenade Tawau..Hotel yang baru dirasmikan oleh beliau . Selepas bersarapan,kami bersama rombongan melakukan lawatan mengejut ke Pasar Tamu Takada . Disitu,Ketua Menteri berpeluang bermesra dengan peniaga-peniaga . Turut mengiringi beliau ialah YB Datuk Hj Tawfiq Titingan, YB Datuk Masidi Manjun, YB Datuk Ghulam Khan, YB Datuk Syed Abbas,YB Datuk Ariffin , YB Hj Muis Pichu ,Ybhg Tuan Ismail Mayakob ( Presiden MPT ) dan beberapa pegawai-pegawai yang lain .

2. Peniaga-peniaga dan pengunjung pasar tamu tersebut rata-rata gembira kerana dapat bersua muka dan bersalaman dengan pemimpin-pemimpin tempatan khususnya Ketua Menteri . Terpancar raut wajah yang gembira kerana , mungkin mereka tidak menyangka akan kesanggupan YAB Ketua Menteri untuk berkunjung ke pasar tamu .

3. Sememangnya inilah pendekatan yang perlu kita contohi. Sebagai pemimpin akar umbi , mendekatkan diri kepada rakyat merupakan satu pendekatan yang akan menjadikan suasana sekitar akan menjadi lebih mesra . Secara tidak langsung , kita dapat memahami hati rakyat yang dahagakan perhatian .
Powered By Blogger