Tuesday, February 16, 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU LAMBANG 1 MALAYSIA


SAMBUTAN TAHUN BARU LAMBANG 1 MALAYSIA
TAWAU : 16 Feb 2010
Tahun Baru Cina disambut dengan meriah di seluruh negeri, semalam. Begitu juga di kediaman Datuk Simon Shim Kong Nyik, salah seorang peguam di Tawau yang mengadakan rumah terbuka sempena sambutan perayaan itu.

Masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baru Cina dengan penuh kegembiraan untuk meraikannya turut dikongsi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini dalam semangat 1Malaysia.

Tidak ketinggalan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samat yang menyertai menghadiri ke majlis Rumah Terbuka Datuk Simon Shim Kong Nyik, salah seorang peguam di Tawau sempena Tahun Baru China.

Hamisa mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya di daerah Tawau agar terus bersatu padu demi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.

Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Cina di daerah ini, Hamisa berkata kepelbagaian agama dan kepercayaan yang diamalkan di negara ini tidak pernah menghalang rakyat untuk terus menikmati keharmonian.

"Malah ia menjadi faktor yang mendorong rakyat Malaysia untuk terus berganding bahu bagi memastikan Malaysia aman damai dan sejahtera," katanya.

Katanya kedatangan Tahun Harimau pada tahun ini akan membawa kegembiraan dan kemewahan yang melimpah ruah kepada semua rakyat di negara ini.

“Saya gembira melihat masyarakat dari pelbagai kaum tanpa mengira agama hadir dalam rumah terbuka Tahun Baru Cina ini. Inilah yang menjadi aset utama...contoh kepada konsep 1Malaysia dengan semua kaum gembira dan bersama-sama menyambut semua perayaan di negara ini," katanya semasa menghadiri rumah terbuka Datuk Simon Shim Kong Nyik seorang peguam di Tawau di sini kelmarin.

Gambar:

Semangat 1 Malaysia...Adun Tanjung Batu, Datuk Hjh Hamisa Samat mengunjungi kediaman Datuk Simon Shim Kong Nyik, salah seorang peguam di Tawau sempena Tahun Baru China. Kelihatan Hamisa dan Shim bergambar kenangan dengan ahli persatuan pemberita Tawau yang turut mengunjungi beliau di Tawau.
Powered By Blogger