Sunday, February 7, 2010

50 WARGA EMAS, OKU, IBU TUNGGAL TERIMA SUMBANGAN TAHUN BARU CINA





50 golongan kurang berkemampuan terima sumbangan Tahun Baru Cina
Tawau : 7 Feb 2010

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha membantu golongan kurang berkemampuan tanpa mengira musim sekali gus membuktikan kesediaan menunaikan tanggungjawab membela masyarakat secara berterusan kata Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samat.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah lupa menyampaikan sumbangan kepada golongan tidak berkemampuan daripada pelbagai lapisan masyarakat mengikut perayaan disambut sesuatu kaum.

“Kali ini, tiba masanya masyarakat Cina menyambut perayaan dengan penuh meriah. Mungkin sumbangan disampaikan ini tidak seberapa, namun sumbangan ini menjelaskan rasa kasih sayang tulus ikhlas pemimpin kerajaan terhadap masyarakat setempat,” tambah Hamisa lagi.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian sumbangan lepada 50 warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya di Dewan Terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuok Ming, Pasir Putih, Tawau kelmarin.

Program kebajikan itu merupakan anjuran Pergerakan Wanita UMNO Kalabakan dan Dun Tanjung Batu. Hadir sama Ketua Masyarakat Cina Dun Tanjung Batu, Yap Kin Vun, Pemimpin Kemajuan Masyarakat, Hassan Jalal dan penerima sumbangan serta ahli-ahli Wanita UMNO Kalabakan.

Hamisa yang juga Ketua Wanita UMNO Kalabakan berkata, kerajaan BN sudah memimpin negara lebih 50 tahun lalu dan adalah kerajaan yang terbaik untuk rakyat dan perlu disedari kerana pelbagai usaha dilaksanakan.

“Sikap tidak bersyukur dan lupa dengan segala nikmat kesejahteraan hidup diberikan perlu dikikis di dalam pemikiran masyarakat. Sekiranya gagal berbuat sedemikian, kita akan sentiasa dibayangi rasa tidak cukup dan berpuas hati di atas nikmat diberikan, “ kata Hamisa.

Seramai 50 penerima melibatkan ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga meas keturunan Tionghua menerima sumbangan sempena perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Dewan Terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuok Ming, Pasir Putih, Tawau.

Sumbangan angpau, limau mandarin dan biskut daripada Adun Tanjung Batu itu sedikit sebanyak menggembirakan ibu-ibu tunggal, oku serta warga emas bahawa mereka sentiasa diingati dan dihargai.

Sementara itu, Ketua Masyarakat Cina Yap Kin Vun berkata walaupun pengundi Cina di Dun Tanjung Batu hanya 5 % mereka tidak disisihkan daripada arus pembangunan dan sentiasa dijaga kebajikan mereka oleh Adun Tanjung Batu dan Ahli Parlimen Kalabakan.

“Walaupun jumlah kita kecil (5%) tetapi sokongan padu masyarakat Cina tetap utuh dan padu terhadap kerajaan BN selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang tidak mengira bangsa, kaum dan agama sentiasa diberi perhatian dan keutamaan dalam arus pembangunan dan kebajikan oleh pemimpin atasan dan juga Wakil Rakyat Tanjung Batu,” jelas Yap lagi.


Powered By Blogger