Saturday, January 9, 2010

Daftar Pemilih dan Pendaftran Ahli UMNO Baru

















Wanita, Puteri UMNO Kalabakan anjur Program Daftar Pemilih dan Ahli UMNO Baru
Tawau : 9 Jan 2010

Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Kalabakan akan mempergiatkan Program Daftar Pemilih Baru dan Ahli UMNO baru setiap hari minggu di dua buah pasar tamu bermula bulan ini.

Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Datuk Hajah Hamisa Samat berkata program akan dijalankan setiap hujung minggu di Pasar Sayur Tawau dan Pasar Tamu Takada Tawau untuk menarik lebih ramai orang muda mendaftar sebagai daftar pemilih dan ahli UMNO baru.

Beliau berkata usaha perlu dijalankan secara proaktif kerana terdapat 260,000 orang yang mencapai usia 21 tahun belum mendaftar sebagai pemilih di seluruh Sabah.

Tambah Hamisa mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.

"Orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya,"kata beliau semasa mengadakan Program Pendaftaran Ahli UMNO Baru dan Pengundi anjuran Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Kalabakan di Pasar Sayur Tawau, di sini kelmarin. Program sehari tersebut berjaya mendaftar lebih kurang 100 orang di kedua-dua tempat.

Hamisa yang juga Adun Tanjung Batu turut meminta ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan setiap anak yang mencapai usia 21 tahun mendaftar sebagai pemilih. Ini meruapakan satu lagi tanggungjawab Umno dan parti komponen BN dalam tempoh sebelum PRU Ke-13 akan datang.

Kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan kira-kira 4.3 juta rakyat Malaysia layak mengundi, tetapi belum mendaftar sebagai pemilih dan jumlah itu meningkat pada purata 400,000 setahun, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

2 comments:

  1. Kalau Wanita UMNO fokus kepada orang muda,mana ada orang muda pergi pasar..kalau ada pun tak ramai.

    Buka la kaunter di Shopping Kompleks..

    Mana pemikir PUTERI dan WANITA UMNO?? Nmapak sangat UMNO KALABAKAN dan ketandusan PEMIKIR (THINK TANK)..kalau ada pun semua makcik-makcik yang tak terbuka pemikiran dan PUTERI yang tak pernah keluar kedunia yang nyata..

    Macam ini ke UMNO nak membangunkan KALABAKAN dan TAWAU??

    ReplyDelete
  2. Tak baik tau, judging something hanya berdasarkan pada prinsip sendiri. Saya juga golongan makcik2 tapi saya ikut perkembangan global, melalui multimedia yang ada.
    Tak palah, yang saya tau Wanita UMNO ini dah ada timetable, benda ni dijalankan seperti roadshow juga, its moving from one strategic area to another every weekend. Disudut-sudut kampungpun akan dijelajahi.

    Tahniah kepada Wanita UMNO Kalabakan atas initiative melaksanakan program ni. Banyak Masyarakat yg terlupa Tanggungjawab Mendaftar ini, mungkin disebabkan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing2, maka inilah peluang baik untuk mendaftar. Jadi bila tiba Masa PILIHAN RAYA DIUMUMKAN nanti adalah HAK sebagai Rakyat Malaysia untuk memilih dan mengundi.

    ReplyDelete

Powered By Blogger