Wednesday, June 30, 2010

IBU BAPA MEMAINKAN PERANAN PENTING MENDIDIK ANAK-ANAK : HAMISA



IBU BAPA MEMAINKAN PERANAN PENTING MENDIDIK ANAK-ANAK : HAMISA
Tawau : 30 Jun 2010

Golongan ibu bapa supaya memainkan peranan utama dalam mendidik dan membentuk peribadi terpuji anak masing-masing. Ini kerana mereka kini terdedah dengan pelbagai cabaran baru serta masalah sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samat berkatatanpa perhatian serius ibu bapa, generasi muda mudah hanyut dengan kehendak mereka sendiri.

Beliau berkata golongan kanak-kanak hari ini dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan di sekolah termasuk kelas agama, namun itu tidak menjamin mereka menerima semua apa yang diajar.

Katanya, pengetahuan serta ilmu yang dibekalkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka ternyata lebih berkesan untuk diamalkan dan seterusnya mampu menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Walau sesibuk manapun ibu bapa, tanggungjawab kepada anak mereka tidak seharusnya diabaikan.
Ibu bapa hari ini tidak seharusnya meletakkan tugas dan tanggungjawab mendidik di bahu guru, sebaliknya apa yang penting ia perlu dilakukan secara bersama.

“Walaupun kanak-kanak menerima pendidikan dengan pelbagai kaedah moden, namun didikan daripada ibu bapa dianggap terbaik bagi melahirkan generasi muda yang berguna,”tambah Hamisa.

Beliau berkata demikian semasa berucapan majlis penyampaian sumbangan pakaian sekolah dan kasut sekolah sumbangan Kosan di SK Tanjung Batu , Tawau di sini hari ini. Sebanyak dua buah sekolah menerima sumbangan daripada Kosan iaitu SK Tanjung Batu 1,318 pelajar dan SK Batu Keramat 282 pelajar.

Turut hadir sama Pengurus Besar Koperasi Serbaguna Sanya Berhad @ Kosan, Haji Junian Yunus, Timbalan Pengerusi KOSAN Ghulabdin Enjih, ahli lembaga pengarah Kosan, guru-guru, para pelajar dan ibu bapa serta Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Tanjung Batu.

Menurut Hamisa, Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif termasuk menghapuskan yuran sekolah, pemansuhan yuran peperiksaan dan perluasan skim pinjaman buku teks untuk semua pelajar, golongan miskin dan berpendapatan rendah tidak lagi boleh memberi alasan untuk mengabaikan pelajaran anak-anak mereka.

Jelasnya kita tidak mahu kemiskinan menjadi halangan dan alasan untuk ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Ini kerana hanya melalui pelajaran sahaja rakyat dapat menjamin masa depan anak-anak mereka dalam mencari peluang rezeki pada masa akan datang.

Tambah beliau guru bukan hanya berperanan untuk mengajar ilmu-ilmu yang tertentu seperti yang terdapat dalam korikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran, tetapi juga berperanan untuk mengasuh, mendidik, melatih, dan membentuk anak- anak ini supaya menjadi pelajar yang pandai, bermaruah, berperibadian tinggi, serta memiliki sifat-sifat kesahsiahan yang terpuji.

Tegas Hamisa proses mengasah dan memajukan pertumbuhan serta perkembangan seseorang individu dari aspek jasmani, akal, emosi, sosial, dan moral berlaku.

“Ibu bapa juga harus sedar bahawa proses pendidikan ini adalah suatu yang berterusan yang tidak hanya berlaku di sekolah sahaja.

“Penekanan dan tumpuan Perdana Menteri kepada bidang pendidikan di dalam pelan RMK-10 adalah bagi memastikan rakyat Malaysia benar-benar bersedia sebelum kita menempuh Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020,” ujar Hamisa lagi.

Gambar:

1. Satu Malaysia...sebahagian para pelajar yang menerima sumbang pakaian sekolah dan kasut sekolah daripada Kosan menunjukkan tanda Satu Malaysia dan merakamkan gambar kenangan bersama Hamisa dan ahli lembaga pengarah Kosan dan guru-guru sekolah.
2. Terima kasih....salah seorang pelajar menerima sumbangan pakaian sekolah dan kasut sekolah Kosan daripada Hamisa sambil diperhatikan oleh (tiga kanan) Haji Junian dan(empat kanan) Ghulabdin






4 comments:

  1. Salam.
    Klu bole,
    Jln tg bt laut perlu d turap smula, 5km jak.
    Usaha menampal jln hnya bthan 5-8 bUlan jak.
    Tq

    ReplyDelete
  2. Assalam alaikum

    Tuan, rasanya Pelajaran dan Pendidikan perlu diterapkan di dalam perlaksanaan sistem pendidikan nasional.

    Bagaiamana dengan "Kementerian Pelajaran dan Pendidikan." Pelajaran dan pendidikan digabungkan bukannya "Kementerian Pelajaran."

    Pelajaran dan pendidikan amat perlu dalam pembangunan insan.

    Pelajaran tanpa pendidikan, hanya menghasilkan orang yang terpelajar tetapi tidak terdidik. Maka terlibat ia dengan hal-hal yang jelik. Rasuah umpanya.

    Terdidik walaupun tidak seberapa terpelajar boleh menghasilkan manusia yang baik dari segi perilaku dan akhlak. Di samping menjauhi penyakit sosial.

    Ibu-bapa sekarang bukan tidak baik dalam mendidik anak. Tetapi kurang ajaran dan didikan dalam mendidik anak.

    Tuan, saya impikan Malaysia yang mempunyai ramai ibu-bapa seprti ibu-bapa Gabenor Bank Negara, Tan Sri zeti Akhtar dan ibu-bapa Angkasawan negara pertama Dr. Sheikh Muszaphar. Ibu-bapa mereka ini menerapkan ajaran dan didikan.

    P/S Sudah lama tak balik Tawau

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Puan..saya merupakan pengundi untuk dun puan..boleh puan jelaskan janji pilihan raya akan datang ini pada kawasan puan? apa yang saya boleh perolehi sebagai seorang pengundi ditempat puan.?

    ReplyDelete

Powered By Blogger