Tuesday, September 8, 2009

50 ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL TERIMA SUMBANGAN RAMADAN


50 anak yatim dan ibu tunggal terima sumbangan
Tawau :

Seramai 50 orang anak-anak yatim dan ibu tunggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu menerima bantuan makanan serta wang tunai sempena Ramadan,di Ladang Tiger, Tawau di dekat sini kelmarin..

Majlis penyampaian disampaikan oleh Adun Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samat.
Turut hadir sama kakitangan Unit UPKR Dun Tanjung Batu dan Pengurus Ladang Shaifuzan.

Dalam majlis itu, Hamisa berkata kepincangan institusi masyarakat boleh dielak jika semua pihak tidak kira individu, organisasi atau persatuan mempunyai kesedaran dan kesanggupan untuk memberi sokongan moral kepada golongan kurang bernasib baik.

Beliau berkata, perkara itu perlu difahami dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Walau semaju mana pun sesebuah negara itu, amalan kemasyarakatan seperti tolong menolong dalam melakukan sesuatu perlu terus dipupuk demi mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera,'' katanya.

Menurut Hamisa yang juga Ketua Wanita UMNO Kalabakan menambah pelaksanaan kerja-kerja sosial bukan merupakan satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Jelasnya, mereka, khasnya yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik dan ibu tunggal, dan anak yatim memerlukan bimbingan, panduan dan peluang untuk meneruskan hidup mereka di masa depan.

Menurutnya, dengan pemberian duit raya dan makanan berkenaan serba sedikit dapat membantu anak yatim dan ibu tunggal membeli keperluan untuk berbuka dalam bulan Ramadan.

.

1 comment:

  1. Salam Ramadhan YB Datuk. Alhamdulillah syukur akhirnya saya dapat juga menjejaki blog ini. Walau tanpa bantuan sesiapa.

    Sekurang2nya bolehlah kita berkomunikasi melalui wadah ini.Tahniah juga kerana YB Datuk tidak terkecuali dengan arus internet ini.

    Sekadar cadangan.sudi apalah kiranya jika blog ini dipelbagaikan cerita dan isinya. Sekurang2nya kami rakyat jelata ingin tahu isi hati YB Datuk,pendapat mahupun idea-idea bernas daripada YB Datuk sendiri. Ulasan semasa mengenai isu-isu samada hal politik,sosial,ekonomi dan agama jika boleh. Sekurang2nya dari persepsi YB Datuk.

    Insya Allah walaupun jauh disini saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan YB Datuk dan akan menyokong blog ini.

    ReplyDelete

Powered By Blogger