Friday, May 8, 2009

TANGGUNGJAWAB SIAPA?





  1. 7 Mei 2009 , saya bersama UPKR N.59 Tg.Batu membuat satu kunjungan mengejut ke SK Merotai Besar . Kunjungan ini tiada dalam perancangan dan sengaja kami tidak maklumkan kepada pihak sekolah . Ini kerana saya ingin melihat sendiri keadaan murid,guru2 dan kemudahan sekolah yang ada . Malangnya , keadaan di sana memang sungguh menyedihkan . Kalau difikirkan , kawasan sekolah ini bukanlah terletak jauh dari kawasan bandar . Tapi , keadaan sekolah menunjukkan seolah2 ianya terletak jauh dari kawasan bandar
  2. Keadaan meja yang usang,kerusi yang patah , dinding yang bocor , keadaan parit yang tidak begitu sesuai , surau yang usang . Sekiranya keadaan begini dibiarkan , apa akan jadi dengan generasi akan datang ? Guru-guru pun ada yang tidak masuk ke kelas . Dimana tanggungjawab mereka utk mendidik?
  3. Generasi ini perlu kita didik sepenuhnya. Jangan dibiarkan keadaan ini . Permasalahan ini sudah lama berlaku . Hanya tinggal beberapa tahun lagi kita akan berada di tahun 2020 . Sepatutnya dari sekarang kita sudah berusaha untuk memajukan diri,minda dan keadaan sekeliling . Jangan kita melenting apabila bangsa lain menjadi tuan di tanah kita ,sekiranya kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik...Muhasabahkan diri...Fikirkan masa depan anak bangsa...jangan mementingkan diri sendiri...

4 comments:

  1. semoga masalah ini dapat diatasi dengan cepat demi masa depan mereka

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara romzi

    sememangnya saya berharap kerjasama dari semua pihak dapat diwujudkan dalam usaha menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  3. sememangnya sedih dengan keadaan sedemikian. semua pihak perlu bersatu idea dan ilham untuk menjana generasi gemilang pada abad yang akan datang.

    ReplyDelete
  4. hayyo... tidak wajar sekolah dalam keadaan usang sebegini... yb ada sumbangan kah untuk mmperbaiki keadaan... ?

    ReplyDelete

Powered By Blogger